KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MALAYSIA

FELCRA Berhad - Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.

gambar bot

gambar bot

KAKITANGAN FELCRA BERHAD KAWASAN PULAU BANGGI 2014

Encik Abdul Jabar Bin Tomin - Pengurus Kawasan

Encik Idris Bin Mohamed Yasin - Pen. Eks. Kanan Ladang

Encik Zainon Bin Yahya - Ketua Kerani

Encik Hasanul Isyraf Bin Yahya- Pen. Eks Kanan Ladang

Encik Mohd Noor Faiez Bin Ahmad - Penyelia Ladang

Encik Mohamad Jaini Bin Musli - 5P

Encik Adly @Adey Bin Haji Arang - Penyelia Ladang

Puan Siti Nurlela Binti Ramlee - Kerani Pentadbiran

Cik Nurjarianawati Binti Jahari - Kerani GPS

Encik Nik Fairol Azizan Bin Jusoh - Penyelia Ladang

Encik Mohd Zayani Zuhairi Bin Maiji - Penyelia Ladang

Encik Mohd Noh Bin Daim - Penyelia Ladang

Encik Kassim Bin Mat Salleh

Encik Yusup Bin Sakai - Pemandu Ladang

Encik Mohd Surun Bin Zainal - Pemandu Ladang

Encik Majiran Bin Pajiji@Ejih - Pemandu Ladang

Encik Siun Bin Haji Unaini - Pemandu Ladang

Encik Mohd Rahim Bin Haji Mahijudin - Pemandu Ladang

Encik Abdul Rahim Bin Ending - Pemandu Pentadbiran

Encik Ahmad Tazuddin Bin Eliasin - Pemandu Pentadbiran

Encik Afiz Bin Abdul Ghani- Penyelenggara Stor (GPS)

Puan Naimah Binti Abdul Kadir - Pekerja Am Pejabat (GPS)







Khamis, 8 Disember 2011

PROGRAM BERKHATAN ANAK-ANAK PESERTA PROJEK AGROPOLITAN PULAU BANGGI ANJURAN FELCRA BERHAD KAWASAN PULAU BANGGI


Pulau Banggi : Felcra berhad kawasan Pulau Banggi akan melaksanakan Majlis Berkhatan bagi anak-anak peserta projek agropolitan Pulau Banggi yang berlangsung selama 3 hari, yang mana pada hari pertama iaitu pada 07hb. Disember 2011 merupakan Majlis Perasmian dan doa selamat. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hilmi Bin Haji Ismail, Pegawai Penyelaras FELCRA Berhad Kawasan Pulau Banggi, turut hadir ialah Imam Daerah Kecil Banggi, Tuan Imam Ramlee Bin Jararia yang telah memimpin bacaan doa selamat. 

Rabu, 24 Ogos 2011

PROGRAM MUTIARA KASIH UPSR 2011


Pulau banggi    -  Pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dengan Kerjasama FELCRA Berhad dan Jabatan Pelajaran Daerah Kudat  akan menganjurkan Program Mutiara Kasih UPSR 2011 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan batu Layar, Banggi bermula pada 22hb-24hb. Ogos 2011

Program ini merupakan salah satu daripada komponen pelaksanaan Projek Agropolitan Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) di bawah Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) yang mana kumpulan sasar adalah terdiri daripada anak-anak peserta Projek Agropolitan Pulau Banggi, Kudat Sabah dan juga anak-anak penduduk sekitar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah yang akan menduduki peperiksaan pada 13hb-15hb. September nanti.

Peserta program ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 6 seramai 60 Orang yang mana sebahagiannya merupakan anak-anak peserta Projek Agropolitan Pulau Banggi.

Objektif pelaksanaan program ini bertujuan untuk mengetahui teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR 2011 bersama-sama penceramah khas di kalangan pegawai pemeriksa soalan peperiksaan bagi meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan UPSR anak-anak masyarakat luar bandar.

Pengerusi Program Yg, Berusaha Cikgu Asmun Bin Amut yang merupakan Guru Besar SK Batu Layar berkata,  Program  ini adalah merupakan program julung-julung kali dianjurkan di sekolah SK Batu Layar dan kakitangan sekolah akan memberi komitmen yang tinggi dalam sepanjang penganjuran program ini.



Selasa, 23 Ogos 2011

FELCRA Umum Agihan Dividen RM224 Juta Serta Duit Raya

KUALA LUMPUR: Felcra Bhd mengumumkan pengagihan dividen berjumlah RM224.48 juta kepada 94,000 peserta pada minggu hadapan dengan purata RM3,000 seorang.


Agihan daripada jumlah pendapatan keseluruhan sebanyak RM995.44 juta yang dicatatkan sehingga Jun 2011 itu merupakan peningkatan sebanyak 21.46 peratus berbanding jumlah agihan tempoh yang sama tahun lepas berjumlah RM184.82 juta.

"Pada tahun ini, Felcra menjangkakan sebanyak RM850 juta akan diagihkan kepada peserta iaitu peningkatan sebanyak 62.7 peratus berbanding RM522.41 juta pada tahun 2010," kata Pengerusinya Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

"Kami juga menyasarkan penjanaan pertumbuhan perolehan sebanyak 22.82 peratus kepada RM1.83 bilion berbanding RM1.49 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu," kata beliau kepada pemberita pada majlis pengisytiharan dividen peserta Felcra di sini, Isnin.

Beliau berkata, sasaran ini dibuat bersandarkan peningkatan trend harga komoditi di pasaran global.

"Sebagai contoh, sehingga kini, kelapa sawit telah mencatatkan harga purata sebanyak RM748.57 satu tan metrik berbanding RM547.00 satu tan metrik pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 36.85 peratus," kata Tajuddin.

Beliau berkata, begitu juga dengan purata harga getah yang menunjukkan peningkatan sebanyak 49.63 peratus kepada RM14.32 sekilogram pada tahun ini, berbanding hanya RM9.57 sekilogram pada 2010.

Mengenai rancangan pengembanganya di luar negara, Tajuddin berkata, Felcra kini meninjau peluang di Kemboja.



Jumaat, 21 Januari 2011

KEMUDAHAN PRASARANA PROJEK AGROPOLITAN DI PULAU BANGGI KUDAT SABAH.






RM58 Juta Untuk Bina Jalan Pulau Banggi

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM58 juta bagi membina jalan raya di Pulau Banggi untuk memastikan keselesaan penduduk di pulau berkenaan.  Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YB Datuk Mohd Nasir Baba berkata, peruntukan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu membabitkan  pembinaan jalan raya sejauh 25 kilometer merangkumi sembilan buah jambatan dari Kapitangan ke Dogotan.  Beliau berharap, selain dinikmati oleh penduduk, diharap kemudahan infrastruktur itu akan merancakkan lagi kemajuan di pulau ini.  Nasir berkata, peruntukan besar yang disediakan Kerajaan Persekutuan melalui KKLW adalah bagi memastikan Pulau Banggi dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti tempat-tempat lain.
Menurutnya, pembinaan jalan raya itu sendiri adalah penting dan seiring dengan perkembangan Pulau Banggi yang giat membangun termasuk dari sudut pelancongan.  Beliau berkata, projek tersebut dilihat memberi banyak faedah kepada penduduk di Pulau Banggi terutama golongan belia.  Katanya, dengan adanya projek ini dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak sekali gus dapat meningkatkan ekonomi para penduduk di situ.  Beliau berkata demikian pada satu majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk Pulau Banggi baru-baru ini.  Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Banggi, Abdul Mijul Unaini dan Pengurus FELCRA Wilayah Sabah, Samian Mohd Ali serta 96 peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) di pulau tersebut. Dalam pada itu, Nasir mengingatkan para peserta FELCRA  di Daerah Kudat supaya mengutamakan aspek pendidikan dengan memastikan anak-anak mereka dihantar ke sekolah demi masa depan yang lebih baik.  (KK5:  22 Jun 2010 – Oleh:  Jawlinda Zeno Jawi)


Dilengkapi Prasarana Moden

Seiring dengan pembangunan semasa, penduduk-penduduk di Pulau Banggi yang dahulunya ketandusan kemudahan asas dan awam kini menarik nafas lega kerana kawasan itu dipilih sebagai tapak bagi projek Agropolitan. Demi meningkatkan taraf ekonomi kehidupan penduduk di pulau itu, projek Agropolitan telah berupaya membangunkan masyarakat di kepulauan ini secara berperingkat-peringkat. Semenjak dilancarkan dua tahun yang lalu, penduduk Pulau Banggi yang dahulunya dikenal pasti hidup dalam kelompok kemiskinan tegar kini hidup selesa menerima bekalan tenaga elektrik selama 24 jam tanpa henti bermula pada awal bulan Mac yang lalu. Menurut Penyelia Perpustakaan Pulau Banggi, Azman Abdul Latip, bekalan tenaga elektrik diperoleh oleh penduduk sekitar Pulau Banggi menerusi sistem solar hibrid yang dibangunkan di situ oleh Perbadanan Elektrik Sabah.
Menurut beliau, masyarakat Pulau Banggi yang rata-ratanya nelayan dan petani kecil turut menikmati kemudahan air bersih semenjak empat bulan lalu. Katanya, hampir keseluruhan penduduk di kepulauan itu tidak lagi menggunakan air perigi atau lebih dikenali sebagai “air milo” di kalangan masyarakat tempatan setelah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) meluluskan peruntukkan bagi membina paip retikulasi kira-kira sejauh 36 km. Menurutnya lagi, paip retikulasi menyediakan empangan air, tangki air, logi air dan rawatan air dan ia mampu membekalkan air bersih ke sembilan buah kampung di pulau tersebut.
“Di samping itu, penduduk-penduduk di Pulau Banggi akan menikmati kehidupan yang lebih selesa setelah projek pembinaan 200 buah unit rumah yang bernilai RM32,000 sebuah berjaya disiapkan nanti. Kawasan perumahan itu akan dilengkapi kemudahan awam seperti surau, kompleks komuniti desa, tapak niaga dan padang bola”, kata Azman dengan nada yang begitu bangga.
Sejak Projek Agropolitan Pulau Banggi yang dibangunkan pada pertengahan tahun 2007, sebanyak 346 peluang pekerjaan telah diwujudkan. Salah satu daripadanya ialah membina sebanyak 400 buah sangkar ikan yang bernilai RM11 juta. Secara keseluruhannya, projek ini telah mewujudkan peluang-peluang ekonomi secara mapan dan terancang dan meningkatkan liputan serta kualiti prasarana asas, utiliti, ameniti dan kemudahan sosial. (Dikemas kini: 18 Jun 2009 – Oleh: Noraini Mahyan)



Keperluan Penduduk

Kemudahan asas yang terdapat di Pulau Banggi ialah bekalan tenaga elektrik solar yang hanya mampu membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk bermula dari pukul 6.00 petang hingga 6.00 pagi. Namun demikian, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), peruntukan untuk membina lebih banyak alat tenaga solar elektrik telah disalurkan di Pulau Banggi melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Projek tersebut masih lagi dalam proses pembinaan dan dijangka siap penghujung 2009. Apabila projek tersebut siap sepenuhnya, penduduk Pulau Banggi boleh menikmati tenaga elektrik untuk tempoh 24 jam setiap hari.

Selain itu, kebanyakan jalan di Pulau Banggi kini sedang dalam proses penurapan agar segala urusan penduduk kampung di sekitar Pulau Banggi menjadi mudah. Kerajaan telah berusaha meningkatkan taraf kemudahan asas yang terdapat di pulau ini agar penduduk mampu menikmati kemudahan asas seperti di tempat-tempat lain di negeri Sabah.

Kemudahan awam lain yang disediakan di sekitar Pulau Banggi juga meliputi pondok menunggu bas, masjid, surau, balai raya, tadika, sekolah rendah, klinik kesihatan, dewan serba guna dan perpustakaan desa. Tiada bayaran yang dikenakan untuk menggunakan kemudahan awam di sini. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganggap usaha memodenkan desa dilaksanakan bagi memastikan penduduk tidak ketinggalan menerima arus pembangunan

PEJABAT PENYELARAS FELCRA BERHAD PULAU BANGGI

FELCRA Berhad Pulau Banggi - Pertumbuhan Getah di Pulau Banggi menampakkan kesan yang positif

FELCRA Berhad Pulau Banggi - Tanaman Getah yang telah ditanam pada tahun 2007 di kawasan ladang Fasa 1