KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MALAYSIA

FELCRA Berhad - Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.

gambar bot

gambar bot

KAKITANGAN FELCRA BERHAD KAWASAN PULAU BANGGI 2014

Encik Abdul Jabar Bin Tomin - Pengurus Kawasan

Encik Idris Bin Mohamed Yasin - Pen. Eks. Kanan Ladang

Encik Zainon Bin Yahya - Ketua Kerani

Encik Hasanul Isyraf Bin Yahya- Pen. Eks Kanan Ladang

Encik Mohd Noor Faiez Bin Ahmad - Penyelia Ladang

Encik Mohamad Jaini Bin Musli - 5P

Encik Adly @Adey Bin Haji Arang - Penyelia Ladang

Puan Siti Nurlela Binti Ramlee - Kerani Pentadbiran

Cik Nurjarianawati Binti Jahari - Kerani GPS

Encik Nik Fairol Azizan Bin Jusoh - Penyelia Ladang

Encik Mohd Zayani Zuhairi Bin Maiji - Penyelia Ladang

Encik Mohd Noh Bin Daim - Penyelia Ladang

Encik Kassim Bin Mat Salleh

Encik Yusup Bin Sakai - Pemandu Ladang

Encik Mohd Surun Bin Zainal - Pemandu Ladang

Encik Majiran Bin Pajiji@Ejih - Pemandu Ladang

Encik Siun Bin Haji Unaini - Pemandu Ladang

Encik Mohd Rahim Bin Haji Mahijudin - Pemandu Ladang

Encik Abdul Rahim Bin Ending - Pemandu Pentadbiran

Encik Ahmad Tazuddin Bin Eliasin - Pemandu Pentadbiran

Encik Afiz Bin Abdul Ghani- Penyelenggara Stor (GPS)

Puan Naimah Binti Abdul Kadir - Pekerja Am Pejabat (GPS)







Khamis, 12 April 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG FELCRA BERHAD KAWASAN PULAU BANGGI


IKLAN JAWATAN KOSONG


Kami merupakan Syarikat "Government Linked Company" yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta berkaitan dengannya, mempelawa individu-induvidu  berasal daripada Daerah Kecil Banggi yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut;


Jawatan : Kerani (Pentadbiran)

Taraf jawatan : Sementara

Gaji : Harian/Bulan

Lokasi bertugas : FELCRA Berhad Kawasan Pulau Banggi, Sabah.


Syarat-syarat & kelayakan;

i).     Lulus SPM termasuk kepujian dalam matapelajaran bahasa melayu
ii).    Mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer, Word, Exel & Power Point
iii).  Aktif dalam sukan
iv).  Boleh bekerja lebih masa

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30HB. APRIL 2012

Permohonan hendaklah menggunakan Borang FELCRA 1 dan menghantar resume beserta salinan kad pengenalan pemohon, sijil-sijil persekolahan serta dokumen sokongan yang telah disahkan dan gambar ukuran passport terbaru dan hartar ke alamat berikut;

Pejabat Pengurus Kawasan
FELCRA Berhad Kawasan Pulau Banggi
Jalan Timbang Dayang
89070 Kudat Sabah.

Peringatan : Hanya calon yang layak sahaja akan di panggil untuk menghadiri sesi temuduga.


"1 Aspirasi 1 Tekad, Cetusan Inovasi Demi Rakyat"




Khamis, 8 Disember 2011

PROGRAM BERKHATAN ANAK-ANAK PESERTA PROJEK AGROPOLITAN PULAU BANGGI ANJURAN FELCRA BERHAD KAWASAN PULAU BANGGI


Pulau Banggi : Felcra berhad kawasan Pulau Banggi akan melaksanakan Majlis Berkhatan bagi anak-anak peserta projek agropolitan Pulau Banggi yang berlangsung selama 3 hari, yang mana pada hari pertama iaitu pada 07hb. Disember 2011 merupakan Majlis Perasmian dan doa selamat. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hilmi Bin Haji Ismail, Pegawai Penyelaras FELCRA Berhad Kawasan Pulau Banggi, turut hadir ialah Imam Daerah Kecil Banggi, Tuan Imam Ramlee Bin Jararia yang telah memimpin bacaan doa selamat. 

Rabu, 24 Ogos 2011

PROGRAM MUTIARA KASIH UPSR 2011


Pulau banggi    -  Pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dengan Kerjasama FELCRA Berhad dan Jabatan Pelajaran Daerah Kudat  akan menganjurkan Program Mutiara Kasih UPSR 2011 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan batu Layar, Banggi bermula pada 22hb-24hb. Ogos 2011

Program ini merupakan salah satu daripada komponen pelaksanaan Projek Agropolitan Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) di bawah Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) yang mana kumpulan sasar adalah terdiri daripada anak-anak peserta Projek Agropolitan Pulau Banggi, Kudat Sabah dan juga anak-anak penduduk sekitar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah yang akan menduduki peperiksaan pada 13hb-15hb. September nanti.

Peserta program ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 6 seramai 60 Orang yang mana sebahagiannya merupakan anak-anak peserta Projek Agropolitan Pulau Banggi.

Objektif pelaksanaan program ini bertujuan untuk mengetahui teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR 2011 bersama-sama penceramah khas di kalangan pegawai pemeriksa soalan peperiksaan bagi meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan UPSR anak-anak masyarakat luar bandar.

Pengerusi Program Yg, Berusaha Cikgu Asmun Bin Amut yang merupakan Guru Besar SK Batu Layar berkata,  Program  ini adalah merupakan program julung-julung kali dianjurkan di sekolah SK Batu Layar dan kakitangan sekolah akan memberi komitmen yang tinggi dalam sepanjang penganjuran program ini.



Selasa, 23 Ogos 2011

FELCRA Umum Agihan Dividen RM224 Juta Serta Duit Raya

KUALA LUMPUR: Felcra Bhd mengumumkan pengagihan dividen berjumlah RM224.48 juta kepada 94,000 peserta pada minggu hadapan dengan purata RM3,000 seorang.


Agihan daripada jumlah pendapatan keseluruhan sebanyak RM995.44 juta yang dicatatkan sehingga Jun 2011 itu merupakan peningkatan sebanyak 21.46 peratus berbanding jumlah agihan tempoh yang sama tahun lepas berjumlah RM184.82 juta.

"Pada tahun ini, Felcra menjangkakan sebanyak RM850 juta akan diagihkan kepada peserta iaitu peningkatan sebanyak 62.7 peratus berbanding RM522.41 juta pada tahun 2010," kata Pengerusinya Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

"Kami juga menyasarkan penjanaan pertumbuhan perolehan sebanyak 22.82 peratus kepada RM1.83 bilion berbanding RM1.49 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu," kata beliau kepada pemberita pada majlis pengisytiharan dividen peserta Felcra di sini, Isnin.

Beliau berkata, sasaran ini dibuat bersandarkan peningkatan trend harga komoditi di pasaran global.

"Sebagai contoh, sehingga kini, kelapa sawit telah mencatatkan harga purata sebanyak RM748.57 satu tan metrik berbanding RM547.00 satu tan metrik pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 36.85 peratus," kata Tajuddin.

Beliau berkata, begitu juga dengan purata harga getah yang menunjukkan peningkatan sebanyak 49.63 peratus kepada RM14.32 sekilogram pada tahun ini, berbanding hanya RM9.57 sekilogram pada 2010.

Mengenai rancangan pengembanganya di luar negara, Tajuddin berkata, Felcra kini meninjau peluang di Kemboja.



Jumaat, 21 Januari 2011

KEMUDAHAN PRASARANA PROJEK AGROPOLITAN DI PULAU BANGGI KUDAT SABAH.






RM58 Juta Untuk Bina Jalan Pulau Banggi

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM58 juta bagi membina jalan raya di Pulau Banggi untuk memastikan keselesaan penduduk di pulau berkenaan.  Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YB Datuk Mohd Nasir Baba berkata, peruntukan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu membabitkan  pembinaan jalan raya sejauh 25 kilometer merangkumi sembilan buah jambatan dari Kapitangan ke Dogotan.  Beliau berharap, selain dinikmati oleh penduduk, diharap kemudahan infrastruktur itu akan merancakkan lagi kemajuan di pulau ini.  Nasir berkata, peruntukan besar yang disediakan Kerajaan Persekutuan melalui KKLW adalah bagi memastikan Pulau Banggi dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti tempat-tempat lain.
Menurutnya, pembinaan jalan raya itu sendiri adalah penting dan seiring dengan perkembangan Pulau Banggi yang giat membangun termasuk dari sudut pelancongan.  Beliau berkata, projek tersebut dilihat memberi banyak faedah kepada penduduk di Pulau Banggi terutama golongan belia.  Katanya, dengan adanya projek ini dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak sekali gus dapat meningkatkan ekonomi para penduduk di situ.  Beliau berkata demikian pada satu majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk Pulau Banggi baru-baru ini.  Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Banggi, Abdul Mijul Unaini dan Pengurus FELCRA Wilayah Sabah, Samian Mohd Ali serta 96 peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) di pulau tersebut. Dalam pada itu, Nasir mengingatkan para peserta FELCRA  di Daerah Kudat supaya mengutamakan aspek pendidikan dengan memastikan anak-anak mereka dihantar ke sekolah demi masa depan yang lebih baik.  (KK5:  22 Jun 2010 – Oleh:  Jawlinda Zeno Jawi)


Dilengkapi Prasarana Moden

Seiring dengan pembangunan semasa, penduduk-penduduk di Pulau Banggi yang dahulunya ketandusan kemudahan asas dan awam kini menarik nafas lega kerana kawasan itu dipilih sebagai tapak bagi projek Agropolitan. Demi meningkatkan taraf ekonomi kehidupan penduduk di pulau itu, projek Agropolitan telah berupaya membangunkan masyarakat di kepulauan ini secara berperingkat-peringkat. Semenjak dilancarkan dua tahun yang lalu, penduduk Pulau Banggi yang dahulunya dikenal pasti hidup dalam kelompok kemiskinan tegar kini hidup selesa menerima bekalan tenaga elektrik selama 24 jam tanpa henti bermula pada awal bulan Mac yang lalu. Menurut Penyelia Perpustakaan Pulau Banggi, Azman Abdul Latip, bekalan tenaga elektrik diperoleh oleh penduduk sekitar Pulau Banggi menerusi sistem solar hibrid yang dibangunkan di situ oleh Perbadanan Elektrik Sabah.
Menurut beliau, masyarakat Pulau Banggi yang rata-ratanya nelayan dan petani kecil turut menikmati kemudahan air bersih semenjak empat bulan lalu. Katanya, hampir keseluruhan penduduk di kepulauan itu tidak lagi menggunakan air perigi atau lebih dikenali sebagai “air milo” di kalangan masyarakat tempatan setelah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) meluluskan peruntukkan bagi membina paip retikulasi kira-kira sejauh 36 km. Menurutnya lagi, paip retikulasi menyediakan empangan air, tangki air, logi air dan rawatan air dan ia mampu membekalkan air bersih ke sembilan buah kampung di pulau tersebut.
“Di samping itu, penduduk-penduduk di Pulau Banggi akan menikmati kehidupan yang lebih selesa setelah projek pembinaan 200 buah unit rumah yang bernilai RM32,000 sebuah berjaya disiapkan nanti. Kawasan perumahan itu akan dilengkapi kemudahan awam seperti surau, kompleks komuniti desa, tapak niaga dan padang bola”, kata Azman dengan nada yang begitu bangga.
Sejak Projek Agropolitan Pulau Banggi yang dibangunkan pada pertengahan tahun 2007, sebanyak 346 peluang pekerjaan telah diwujudkan. Salah satu daripadanya ialah membina sebanyak 400 buah sangkar ikan yang bernilai RM11 juta. Secara keseluruhannya, projek ini telah mewujudkan peluang-peluang ekonomi secara mapan dan terancang dan meningkatkan liputan serta kualiti prasarana asas, utiliti, ameniti dan kemudahan sosial. (Dikemas kini: 18 Jun 2009 – Oleh: Noraini Mahyan)



Keperluan Penduduk

Kemudahan asas yang terdapat di Pulau Banggi ialah bekalan tenaga elektrik solar yang hanya mampu membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk bermula dari pukul 6.00 petang hingga 6.00 pagi. Namun demikian, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), peruntukan untuk membina lebih banyak alat tenaga solar elektrik telah disalurkan di Pulau Banggi melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Projek tersebut masih lagi dalam proses pembinaan dan dijangka siap penghujung 2009. Apabila projek tersebut siap sepenuhnya, penduduk Pulau Banggi boleh menikmati tenaga elektrik untuk tempoh 24 jam setiap hari.

Selain itu, kebanyakan jalan di Pulau Banggi kini sedang dalam proses penurapan agar segala urusan penduduk kampung di sekitar Pulau Banggi menjadi mudah. Kerajaan telah berusaha meningkatkan taraf kemudahan asas yang terdapat di pulau ini agar penduduk mampu menikmati kemudahan asas seperti di tempat-tempat lain di negeri Sabah.

Kemudahan awam lain yang disediakan di sekitar Pulau Banggi juga meliputi pondok menunggu bas, masjid, surau, balai raya, tadika, sekolah rendah, klinik kesihatan, dewan serba guna dan perpustakaan desa. Tiada bayaran yang dikenakan untuk menggunakan kemudahan awam di sini. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganggap usaha memodenkan desa dilaksanakan bagi memastikan penduduk tidak ketinggalan menerima arus pembangunan

Khamis, 11 November 2010

TANAMAN GETAH DI PULAU BANGGI MENUNJUKKAN PERTUMBUHAN YANG BAIK.

Pulau Banggi Kudat - Tanaman pokok getah oleh FELCRA Berhad menunjukkan pertumbuhan yang baik selepas 3 tahun penanaman di ladang. Projek ini memberi impak yang begitu besar terhadap penduduk di Daerah Kecil Banggi dengan adanya kemudahan-kemudahan infrastruktur serta peluang pekerjaan. Selain itu, program pembangunan modal insan juga seiring pelaksanaannya dalam projek pembangunan ini. Projek Agropolitan di Pulau Banggi ini merupakan projek pertama dilancarkan iaitu pada 11hb Ogos 2007 Oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi. Projek Pembangunan seperti  ini adalah adalah sangat-sangat diharap dan ditunggu-tunggu sekian lama oleh penduduk di Daerah Kecil Banggi ini. Setelah 3 tahun projek ini dilaksanakan, penduduk pulau banggi menerima dengan positif dan meminta kepada agensi yang melaksanakan agar projek ini diteruskan serta diperluas lagi di masa-masa yang akan datang.

Jumaat, 16 Julai 2010

MAJLIS PELANCARAN KOMPUTER SATU MALAYSIA DAN PELAN TRANSFORMASI POS MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH DI PULAU BANGGI

PULAU BANGGI, 15 Julai (Bernama) -- Peruntukan 10,000 komputer 1Malaysia untuk negeri Sabah adalah sebagai satu sentuhan komunikasi bagi masyarakat luar bandar, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah daripada sejuta unit komputer riba yang diperuntukkan kerajaan dalam fasa pertama di bawah program Komputer 1Malaysia untuk diagihkan kepada pelajar sekolah menengah yang berkelayakan dan golongan berpendapatan rendah.

"Pengagihan komputer ini adalah gambaran kesungguhan kerajaan merealisasikan gagasan 1Malaysia menerusi peningkatan akses internet.

"Kita harap penerima kemudahan ini melanggan jalur lebar bagi membolehkan mereka mengakses teknologi yang canggih itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 100 komputer riba 1Malaysia kepada penduduk Pulau Banggi hari ini. Fasa pertama tersebut adalah sehingga Disember ini.

Katanya satu daripada kriteria di bawah program itu ialah memastikan penerima komputer sekurang-kurangnya membuat langganan jalur lebar bagi bulan pertama.

Rais berkata kementeriannya akan berbincang dengan para penyedia perkhidmatan jalur lebar supaya menawarkan pakej langganan jalur lebar yang berpatutan untuk memastikan hasrat semua yang terlibat dalam program Komputer 1Malaysia dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar.

Katanya program itu akan membantu mencapai sasaran kementerian untuk merealisasikan kadar penembusan jalur lebar kepada 30.1 peratus isi rumah di Sabah pada hujung tahun ini, yang ketika ini pada kadar 17.3 peratus.

"Dalam aspek ini, kita perlu meningkatkan kadar pemilikan komputer dan penembusan jalur lebar bagi melahirkan masyarakat celik ICT setanding dengan negara maju.

"Dengan adanya program Komputer 1Malaysia ini dan usaha-usaha lain kerajaan, saya yakin sasaran Sabah pada penghujung tahun ini akan dapat dicapai dan seterusnya ditingkatkan lagi kepada 50 peratus pada masa depan," katanya.

Penerima hari ini terdiri daripada 65 pelajar sekolah menengah dan 35 penduduk kampung di sini yang merupakan sebahagian daripada 500 penerima di kawasan Kudat dan merupakan kumpulan pertama di Sabah yang menikmati program ini.

Seorang daripada penerima, Noraisyah Jalil, pelajar Tingkatan 5, SMK Banggi berkata kemudahan itu akan dapat membantunya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Noraisyah yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik yang bapanya seorang nelayan manakala ibunya surirumah, berkata sekolah mereka hanya mempunyai dua buah komputer di bilik ICT yang perlu dikongsi semua pelajar.

Sementara itu, Rais turut melancarkan projek Kampung Wifi di Kampung Karakit berdekatan jeti pulau itu, yang akan membolehkan penduduk mengakses internet tanpa wayar dengan kelajuan sehingga 4Mbps dalam lingkungan jarak 300 meter radius dalam kampung tersebut.

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi Abdul Mijul Unaini, seluruh pulau tersebut tidak mempunyai akses internet sebelum ini.

Selasa, 13 Julai 2010

LAWATAN YB. DATUK SERI UTAMA RAIS YATIM, MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA KE PULAU BANGGI KUDAT SABAH.

Pulau Banggi Kudat Sabah - Pulau Banggi akan menjadi pusat Jalur lebar yang mana YB. Datuk Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan akan melancarkan sistem tersebut khususnya di kawasan luar bandar. Pelancaran tersebut dijangka pada hari khamis ini 15 Julai 2010. Seluruh rakyat pulau banggi menerima positif pelacaran sistem ini di Daerah Kecil Banggi.

Ahad, 27 Jun 2010

LAWATAN YBHG. TUAN ZAZALI BIN SALEHUDDIN SETIAUSAHA BAHAGIAN KEMAJUAN TANAH DAN WILAYAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH KE PROJEK AGROPOLITAN PULAU BANGGI

Pulau Banggi Kudat - Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah, Ybhg. Tuan Zazali Bin Salehuddin telah membuat lawatan kerja ke Projek Agropolitan Pulau Banggi hari, beliau berpuas hati dengan perkembangan pembangunan yang rancak di Pulau ini, FELCRA Berhad diminta agar melaksanakan segala pembangunan seperti yang dirancang berjaya dan perlu mempertingkatkan lagi usaha untuk kejayaan yang positif, turut hadir bersama dalam lawatan Ybhg. Tuan Haji Jahare Bin Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Korporat FELCRA Berhad, Tuan Haji Samian Bin Mohd Ali Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sabah, Pegawai-Pegawai Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, FELCRA Berhad, RISDA, LIGS, Jabatan Air dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Sabtu, 26 Jun 2010

KEAJAIBAN BERLAKU DI PULAU BANGGI TAHUN 1990

Pulau Banggi Kudat - Tahun 1990 penduduk pulau banggi telah di gemparkan berita dengan timbulnya batu ditengah-tengah lautan berhampiran pulau tersebut yang di namakan "Batu Hairan". tatapi kini Batu tersebut telah hilang (tenggelam semula). Mengikut kajian yang telah dibuat, batu tersebut adalah "magma"

Jumaat, 25 Jun 2010

TAHNIAH DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PEMANGKU KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FELCRA BERHAD



Pulau Banggi - Pengurusan FELCRA Berhad  Pulau Banggi mengucapkan Tahniah kepada Ybhg Tuan Haji Juzilman Basir di atas perlantikan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad.

PROGRAM GOTONG ROYONG DI KAWASAN PERUMAHAN PPMS AGROPOLITAN PULAU BANGGI SABAH


Pulau Banggi Kudat - Pihak Pengurusan FELCRA Berhad Pulau Banggi bersama-sama dengan masyarakat Penempatan Perumahan PPMS Agropolitan untuk membersihkan kawasan perumahan terutama kawasan parit di sekitar kawasan perumahan tersebut, program gotong royong ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Hilmi Bin Haji Ismail Pegawai Penyelaras FELCRA Berhad Agropolitan Pulau Banggi.

LAWATAN DATUK HAJI YUSOOF BIN DOHAB TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH KE PROJEK AGROPOLITAN PULAU BANGGI

Pulau Banggi Kudat- Datuk Haji Yusoff Bin Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha (SE) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di jangka membuat lawatan ke Projek Agropolitan Pulau Banggi Kudat Sabah ahad ini 27hb.Jun 2010 berikutan lawatan kerja beliau meninjau kemajuan Projek tersebut setelah 3 tahun pelaksanaan oleh FELCRA Berhad berkaitan dengan pembangunan ladang getah yang memberi impak besar kepada penduduk di daerah tersebut.

Khamis, 24 Jun 2010

AGROPOLITAN PULAU BANGGI KUDAT SABAH.


Pulau Banggi Kudat- FELCRA Berhad merupakan Agensi yang telah di minta oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melaksanakan Program pembangunan Agropolitan (Kota Pertanian) di Pulau Banggi. Program ini mendatangkan impak besar terhadap pembangunan di Daerah Kecil Banggi yang begitu jauh ketinggalan dengan arus pembangunan. Program pembangunan ini meliputi pembinaan jalan luar bandar, bekalan elektrik 24 jam, pembinaan logi air, pembinaan 200 buah rumah PPMS, pembangunan ladang serta pembangunan modal insan. Sepanjang 3 tahun program ini berjalan, banyak perubahan yang telah dilaksanakan di Daerah tersebut. Taraf kehidupan dan ekonomi di Pulau ini ini telah mula meningkat. FELCRA Berhad di Kawasan Pulau Banggi telah memberi peluang pekerjaan seramai 300 orang kepada penduduk tempatan di Daerah tersebut.

PEJABAT PENYELARAS FELCRA BERHAD PULAU BANGGI

FELCRA Berhad Pulau Banggi - Pertumbuhan Getah di Pulau Banggi menampakkan kesan yang positif

FELCRA Berhad Pulau Banggi - Tanaman Getah yang telah ditanam pada tahun 2007 di kawasan ladang Fasa 1